Pembangunan Empires&Puzzles: Meningkatkan Kebarangkalian Hero ⭐⭐⭐⭐ Daripada Latihan Elite

 

TC level 13 sudah membolehkan kita menjalankan Elite Training untuk peluang mendapatkan ⭐⭐⭐⭐ dengan 70 rekrut dan 260K makanan. Ya, peluang sahaja, dan sangat kecil. Sementara menunggu untuk TC mencapai level 20, inilah cara training untuk mendapatkan hero ⭐⭐⭐⭐ (selain daripada cabutan dengan gems, yang juga rendah.) Memandangkan peratus keberhasilan yang rendah, eloklah kita menaikkan level satu lagi TC supaya kita dapat jalankan latihan ini di dua TC serentak. Satu lagi TC dibiarkan untuk menjalankan training TC 1 atau 2. Sambil itu, naikkan level Farm, Mine dan Storage. Bersedia dengan jumlah makanan yang besar untuk melatih hero-hero Epic dan Legendary.