πŸ˜–πŸ˜–


Baru siap 5 kelas matapelajaran teras (darab 2 jenis pelaporan), ada lagi 3 kelas matapelajaran wajib (RBT Tahun 6, darab 2 jenis pelaporan). Kali ni betul2 macam haraπŸ₯Ά sebab lepas menanda, terpaksa tunggu 1 bulan untuk pelaporan akibat server SPPB yang tidak stabil. Akupun marahlah bagaimana markah boleh dijadikan TP, kerana semasa dalam kelas, susah-payah aku cari instrumen penilaian untuk memenuhi kehendak TP seperti dalam DSKP. Darab lagi 2 jenis pelaporan. Matapelajaran yang melibatkan lebih 50% kerja kursus/ projek/ karya/ gerak kerja fizikal sepatutnya hanya pelaporan PBD saja dah memadai, tak perlulah lagi dibuat peperiksaan bertulis.
Biarlah aku tunggu 5 Mac (tarikh akhir yang dicadangkan oleh PPD), ataupun sehingga ada guru kelas yang menggesa. Portal ni betul-betul 🀦🀦
Anak besar 2 orang tengah demam. Tidur lambat sikit aku sebab nak beri makan ubat cycle seterusnya. Tapi kalau budak2 tak demampun gini lebih kurang je waktu tido aku pun, sebab konon nak sesedo dah bunyi jam. Kalau pukul 9 dah tido, ada kemungkinan pukul 2 pagi aku terjaga dan tak boleh atau sukar sangat nak lelap semula. Bangun cepatpun setakat gi kerja, takde benda lain.
Patsihat ye boys πŸ’ŠπŸ’Š