Disebabkan tak nak datang jamuan guru pada hari cuti Keputeraan Sultan, Ketua Jabatan ugut nak bebankan aku dengan macam-macam tugas untuk tahun 2026.
Dia kata boleh kalau tak nak datang, tapi macam2 syarat dia kenakan, seperti langsung tidak boleh crk/ mc/ ctr/ cuti kuarantin, apa2 cutilah maksudnya tak boleh ambil; tak boleh keluar sekejap utk urusan peribadi; kena masuk kerja tak boleh lewat sesaat; tak boleh excuse apa2 aktiviti sekolah, kena ikut apa saja tugasan dia beri seperti guru kelas ke, penyelaras ke, dia nak suruh ajar apa kena ikut je, dan macam2lah ugutan lain sebab aku tak nak datang makan pada hari cuti umum negeri. Pergi makan tu pula nak kena memandu dalam 40 minit pergi 40 minit balik, konon makan di hotellah. Dan dia siap create tugasan tampal nama murid pada meja yang aku kena buat pada hari pertama cuti sekolah, dan ada satu tugasan lagi kena buat pada hari kedua cuti sekolah yang pada masa itu kononnya dia akan fikirkan. Aku bagitau tu kan cuti umum, cutilah, dan dia mengata aku macam2 dalam wasapp. Tapi last2 aku datang juga ke makan tengah hari tu, tapi tu lah sebab aku berdegil dia kata, aku kena juga jadi guru kelas tahun hadapan. Dengan tugasan KP, ketua guru penasihat kelab, guru penyelaras bantuan biasiswa (uruskan dalam 5 orang murid) dihempuk lagi tugasan guru kelas.
Sekarang ni, aku dah pergi pun diarah datang makan pada hari cuti umum negeri tu, tapi aku tetap ditambah tugasan sepertinya aku tak hadir, dah kenapa? Aku ni dah jadi pekerja paling bermasalah kat sekolah sekarang, dan aku tak tahu kenapa. Hawau tak hawaulah ketua jabatan aku.
Biarlah dia, berd0sa sebab menjadi pendusta.