Punca Pergaduhan


Swear to God, sayur ni berkepuk sebelum siang. Poh choi nama dia. Ko tengok berapa banyak akar dia, maksud aku pokok dia banyak, bukan 5 lima je.

Ko tengok ni dah masak macam gini rupa dia, sedangkan satu bungkusan tu habis aku siang.

So to not further upset people, I have decided to put in some other vegetable. Well, I don't care what it is, as long as I can dodge the ultimate question.
I usually cook poh choi as banchan. Blanch the vegetables in boiling water , then squeeze out as much water as possible. Then mix it with oyster sayce, light soy sauce, sesame oil and white pepper, all according to your taste, and top them off with a fried garlic and its frying oil if you'd like it.

Cantik tak pisau baru aku? Dah lama aku nak beli cleaver macam yang aku biasa guna di kampung sebelum kahwin, tapi masa anak kecil2 lagi tak adalah beli sebagai langkah berjaga2. Ada pisaupun tumpul je. Oh ye Fukuro brand beli di AEON Cheras Selatan. RM39.00 kalau tak salah ingat.

Tangkapan pada hari yang sama di AEON Cheras Selatan. Macam Tefal model lama yang aku pernah beli 3 ke 4 tahun dulu, cuma yg ni besar sikit 32cm. Ada satu design brand lainlah aku berkenan, baru RM70 macam tu, tapi aku tengok cam kecik 28cm, tak cukup nak pusing mi kuning setengah kg dalam tu (ceh macam le masak banyak sangat ko makcikk 🤣🤣 tak lah, saja aku nak menimbulkan suasana) Tapi ye lah aku suka model ni. Aku beli yang design macam corak batu tu, alahhai merecik-recik minyaknya masa panas, dah tu melekat jugak tension aku nak goreng telur mata 🤣🤣 Aku dah balik masak2 aku terfikir elok aku beli 2 terus tadi, mana dapat lagi harga RM80.00 kuali besar macam tu. Dah takpelah labu, masak dulu betul2 ko goreng telur je pun🤣🤣 Tapi tu ahh, aku teringin nak beli kuali sarang lebah tu, tapi harga tak menahanlah untuk acik2 yg setakat goreng tolo mato macam aku 🤣🤣

Sedap pulak aku layan benda ni. Aku tak reti makan sando macam ni, sebab aku ingatkan roti. Tapi dua , tiga minggu lepas tergerak nak cuba yang ni sebab nampak sedap sangat. Ya, sedaplah pulak. Aku ingatkan roti, rupanya kek. Oklah kot bolehlah cuba varian yang lain. Baru RM berapa je pun daripada di kedai kek.