Peraturan mudah yang disusahkan


Sekolah hanya memberi kebenaran berpakaian kebangsaan. Memanglah tiada arahan khusus murid tidak boleh bersolek kerana memang peraturan sekolah untuk murid tidak boleh mengenakan alat solek.  Ia suatu peraturan yang tak perlu diulang-ulang. Murid pula tidak terlibat dengan persembahan. Jika terlibat, cikgu akan pesan untuk bersolek secara nipis dari rumah dan akan disolekkan lagi di sekolah. Mungkin dalam musim2 covid melanda ni tak ada perkongsian alat solek.
Cikgu dah senaraikan apa yang boleh pun tanya lagi macam-macam, macam ini boleh ke, macam itu  boleh ke. Contoh murid digalakkan memakai pakaian kebangsaan warna Jalur Gemilang, lepas tu p.m cikgu anak dia nak pakai jersi Malaysia. Ayat mudah macam tu pun tak faham nampaknya. Dah senaraikan yang tak boleh pun tanya lagi macam-macam. Tak tahulah yang bertanya tu memang betul orang dewasa atau anak-anak yang dalam kumpulan whatsapp tu sendiri yang bertanya.
Cikgu pun tak perlu ekstrim sampai nak lap solekan. Warning je kat budak tu, lain kali jangan bersolek jika cikgu tak suruh. Sekolah kami pun ramai yang pakai macam2 warna dan fesyen tak ikut tema, tapi takdelah sampai suruh balik tukar baju dan tak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Berpada-padalah cikgu. Tak jadi barah pun kalau murid terbersolek ke sekolah. Ingatkan tentang peraturan sekolah sudahlah