Kek coklat truffle Family Mart


Dah banyak hari teringin nak makan kek bercoklat ganache. Sekarang banyak pulak kedai kek jual kek coklat keju yang jenis padat tu, tak berapa suai dengan tekak aku. Makan tiga, empat suap dah muak. Kena makan kat rumah, bolehlah makan separuh-separuh, atau 3 kali makan i.e 3 hari makan sikit2. Berbaloilah dapat 3 hari, kan mahal 🤣🤣 But seriouslylah, kek macam tu untuk buat sendiri suka-suka makan di rumah sesuailah. Untuk kedai, juallah yang betul2 kek, spartak ke, moist ke, genoise ke, sponge ke. Ini setakat pecah-pecahkan biskut, bubuh butter cair, masuk kejap dalam oven, kocok keju krim sampai lembut, tuang atas kerak tadi apabila dah sejuk, masuk peti ais lepas 4 jam boleh dah makan. Tak payah jadi tukang masak, pun boleh buat. Untuk jualan di restoran, aku rasa sloppy lah. Lepas tu letak harga 'premium'. So I am never buying that kind of a 'cake' again.
b.t.w, kek dalam gambar ni memang sedap 🤤🤤