Cerita yang ubah plot di tengah jalan

Tadi terbaca suatu artikel tentang cerita (movie) yang berubah genre di pertengahan jalan cerita. 5 buah kisah yang dipilih, yang mana aku cuma pernah menonton satu sahaja, iaitu Click! dengan watak utamanya didukung oleh Adam Sandler. Menjengah ke ruangan komen, aku terbaca tentang Qabil Khusyri Qabil Igam. Ya, aku pernah menonton filem ni tetapi sekali sahaja, itupun sudah di pertengahan jalan. Aku ingatlah betapa tragisnya kisah itu sehingga ke penghujungnya. Ada satu komen yang bertanyakan mana nak menonton cerita tu, jadi akupun menggunakan kebijakan aku mencari di youtube. Cerita tu ada, cuma dipotong2 kepada bahagian2 kecil. Sekali lagi aku menjadi bijak dengan mengumpulkan potongan2 itu dalam suatu playlist. Ada juga yang komen dalam youtube tu katanya filem ni pernah ditayangkan sekali sahaja di televisyen dan akupun oh padanlah tak pernah tengok lagi. Tapi kalau adapun disiarkan, aku nak tengokpun tak dapat sebab aku tak ada tv 🤦🤦
Bolehlah menonton filem tersebut dan sediakan tisu lah, takut nangis tak benti pulak karang.


Selamat menonton



Tag REEL ni dah lama tak ada entry sebab dah lama tak ambil tahu pasal movies baru, dah lama tak jejak kaki ke pawagam dan tak ada tv nak tengok. Duitpun tak cukup nak langgan HBO app. sadlife