Tipslah sangat

Tengok beg sajapun dah tahu berat, belum tambah buku di dalamnya😒😒
Kenapa beg boleh disandang di sebelah bahu saja? Sebabnya memang beg tu tak berat. Kenapa budak boleh terbongkok menggalas beg? Sebabnya memang beg tu berat.
Kenapa beg tu ringan? Kenapa beg tu berat? Kalau itupun tak boleh fikir, tak oayahlah susah-susah suruh belajar KBAT.
Orang letak almari lokar, kitapun nak letak almari lokar, tapi nanti tengoklah sekolah (baca guru) kena jaga lokar lebih daripada menjaga murid-murid. Last-last siapa yang berbunyi banyak balik?
Yang betulnya, satu bilik darjah untuk kegunaan satu kelas saja, maka bolehlah murid tinggalkan barang mereka di dalam tu. Bila nak balik, boleh kunci kelas.
Yang kita ni, selagi boleh sumbat murid, hah sumbatlah. Lagi mahu bising tentang kemenjadian murid. Mana nak menjadi kalau baru je masuk kelas dah peluh berjurai😓😓