Pembangunan Empires & Puzzles: Cabutan Atlantis Rise 7 Mac 2022

 


😒😒

Atlantis Rise merupakan di antara cabutan yang paling sukar walaupun hanya untuk dapat ⭐⭐⭐ Berharap untuk mendapatkan satu hero🔥tak kiralah apapun bintangnya, Namahage pun boleh dah, tetapi hero ❄️ lagi yang muncul.

Apa lagi, kumpul gems lagilah jawabnya.

Selepas lebih kurang 6 minggu, stronghold sudah sampai level 15 dengan 3 iron storage pada level 14. TC terbaik masih lagi di level 8 dengan dua TC lain melatih TC4 sahaja. Takkan training ⭐⭐⭐ mahupun ⭐⭐⭐⭐ lagi, nak terus lompat yang terakhir. Jimat makanan dari buat research pada latihan yang akhirnya tak pakaipun.