Terjumpa benda menarik- Transformasikan Google form kepada chat bot

 Semalam pusing-pusing internet ni jumpalah satu benda menarik. Tengok video jap-




caranya mudah saja.

langkah 1- sediakan soalan google form.

langkah 2- buka website chat form (klik di sini) bila dah siap google form tu

langkah 3- copy URL (address) di mana google form tadi diedit

langkah 4- paste di chat form seperti berikut:

langkah 5- klik CREATE 

langkah 6- chat form dah siap. sila pilih tindakan selanjutnya

Sekarang murid-murid boleh merasai suasana yang sedikit berbeza semasa menjawab google form.


 


Chat-forms ni ada add onnya dalam google form tu.

Cuma tadi dah cuba dan menghadapi masalah dengan gambar yang hilang setelah dimuat naik ke dalam form. Tuan/ puan mungkin perlu try error pada soalan-soalan bergambar. Tapi bila kita paste google form edit URL seperti yang ditunjukkan di atas, gambar-gambar keluar dengan baik tanpa masalah.

Yang keduanya, murid tak boleh semak jawapan betul/ markah dalam chat bot.  Lepas submit, hanya keluar Thank you for your response. Jadi jika nak murid semak jawapan sendiri, mungkin kena kerja extra dengan menyediakan satu url lain yang menyediakan jawapan betul untuk murid baca sendiri.

Yasss tak sabar nak guna dengan murid esok pagi

Boleh try test tengok peconto yang saya nak gunakan esok

klik sini ini untuk cuba guna chat bot contoh

(tak perlu masukkan nama kalau nak cuba gunakan pecontoh di atas)

Semua respon adalah direkodkan