Pemakluman Terkini Berkaitan SOP Jika Didapati Positif Covid-19

*disalin dari sumber pesanan ddalam talian*

Untuk makluman semua, jika seseorang didapati positif Covid-19, KKM tidak akan lagi memanggil untuk pemakaian gelang kuarantin dan penyerahan HSO. Individu diminta untuk update di aplikasi MySejahtera. Hubungi PKD jika gejala semakin teruk.

Kontak rapat juga tidak akan dipanggil untuk membuat swab test dan memakai gelang kuarantin. Semua kontak rapat kes positif diminta untuk duduk di rumah selama 10 hari (self quarantine). Hanya hubungi PKD atau Klinik Kesihatan jika mengalami gejala, atau gejala semakin teruk.

Pusat kuarantin di bawah kerajaan dikhususkan untuk mereka yang bergejala teruk (kategori 3 ke atas). Jika individu tidak mahu kuarantin di rumah. Individu boleh memilih untuk kuarantin di pusat kuarantin swasta (dengan bayaran).

Sekian, dimaklumkan untuk pengetahuan semua.

Terima kasih.

Berikut adalah SOP Terkini KKM jika seseorang didapati positif :


✅ tidak bergejala atau 

✅ bergejala ringan 

Mereka perlu mengasingkan diri serta merta dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Apa perlu dilakukan? 

✅ Maklumkan keputusan ujian saringan di aplikasi MySejahtera. 

✅ Digital HSO akan diberikan.

✅ Lengkapkan Home Assessment Tool (HAT) di MySejahtera.

✅ Penilaian kendiri pesakit  akan dipantau oleh CAC Maya. Pesakit akan dihubungi jika perlu.

✅ Pesakit yang perlu ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut klinikal akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera atau dihubungi KKM
 

✅ Pesakit perlu segera ke hospital jika gejala menjadi semakin teruk. 

Peraturan terbaharu ini bagi memastikan pesakit tidak perlu menunggu lama di klinik kesihatan dan pesakit yang bergejala teruk mendapat rawatan segera.