Jom guna liveworksheets pula 🤩🤩

Sebenarnya dah lama nak guna liveworksheets ni, tapi barulah minggu ni cuba godek-godeknya. Isnin lepas berjaya buat dua latihan yang diimbas daripada buku kerja yang murid dah beli, tapi disebabkan oleh isu hakcipta penerbitan, lembaran kerja itu tidak digalakkan untuk disebarkan.
Jadi hari ni godek-godek lagi apa lembaran kerja susunan sendiri yang dah ada dalam laptop pinjaman. Oke bolehlah guna untuk pdpr esok.

Lepas murid selesai membuat latihan, klik Finish di bawah sekali.

Check my answers- cikgu tak dapat markah murid.
Email to teacher- cikgu boleh dapat laporan markah, tapi emel cikgu kena ada akaun liveworksheets.

Inilah contohnya kalau murid semak sendiri. Boleh minta murid ss latihan yang telah dibuat.
Hijau- jawapan betul.
Merah- jawapan salah.
Nak semak jawapan yang betul dari jawapan yang salah, boleh klik saja dalam kotak merah, akan keluar jawapan dalam tulisan hijau.


Selamat mencuba.