Loyal Customer Story

Hari ni sampailah anak patung mainan yang telah dipesan Ahad lepas.
Masa keluarkan dari bungkusan, baru perasan ada lebih satu anak patung.
Oh, rupanya penjual memang beri percuma sebagai penghargaan. Terima kasih yang tidak terhingga.

Sebelum ni memang beli mainan anak patung dan baju anak patung untuk Piah, dan model2 kertas dan foam untuk si abangnya.
Baju anak patung RM8 dapat 3 pasang, puaslah bermainnya. Kasut anak patung tu RM3 ada lebih 10 pasang memang tukar kasut ajelah kerjanya si Dolly. Anak patung Piah dari 1 dah jadi 5🤭🤭 murah punya pasal. Tak sunyilah si Dolly, setiap hari ada baju yang cantik, kasut dan kawan-kawan untuk parti tehnya, dan juga dinner dates😜😜 Lepas kali kedua melanggan dari kedai ni, selalu juga tengok kalau2 ada lagi jual baju anak patung, tapi baru2 ni tak ada, sehinggalah Ahad lepas.

Bolehlah sesekali tengok kedai ni di shopee kalau2 ada barang jualan yang menarik.

Aktiviti menonton dengan anak patung baru😁😁