Pembangunan Empires&Puzzles: Selepas Mencapai 2 TC20

Apabila sudah mencapai 2 TC20, maka tinggallah lagi 2 TC yang lain.
Naikkan salah satu ke level 19 supaya dapat train Very Fast 1⭐. Satu lagi biar secara terus-menerus train level 11 tanpa alat dengan 2 rekrut dan jumlah makanan yang minima.
Sementara itu, bolehlah naikkan lagi gudang makanan dan farm. Satu House juga boleh dinaikkan berselang-seli dengan bangunan lain supaya dapat ditukar kepada Advanced House yang boleh menghasilkan rekrut. Hanya 1 House sahaja diperlukan untuk tujuan ini, maka tidak perlu naikkan level kesemua House yang ada.