Bikin Sedih Datang Kembali


Kalau tertengok balik surat ni, memang tak boleh lupa masa buat panggilan telefon kepada ketua jabatan aku. Dari hospital, anak dah 2 hari admitted kalau tak salah. Masa tu pun CRK dah habis sebab anak kerap masuk hospital. So hari ketiga di hospital, aku call lah ketua jabatan, beritahu anak masih di wad, dan aku terangkanlah keadaan sekian sekian. Bukan kesian yang aku dapat, tapi herdikan. Mana ada cuti lagi, dia kata tinggi suara dalam telefon, lagi cakap pasal perkhidmatan, what not, bla bla. Entahlah apa lagi dia bising-bising tak puas hati kat aku, suruh aku datang kerja dulu, habis tu yang duduk hospital ni takkan fairy God mother nak jaga (aku cakap sekaranglah, takdelah masa tu nak cakap sebab fikiran aku terganggu.) Las last dia kata call ketua kerani, tanya dia camane cuti ni. Oke, at last baru nak slow dengan aku, mungkin tadi dah puas nasihatkan aku sebagai ketua jabatan. Terima kasihlah juga walaupun telah diherdik sebegitu rupa.
Setelah call CC, katanya kena buat permohonan cuti menjaga anak, separuh gaji. Kumpul dan serahlah segala dokumen sokongan yang diperlukan. Dah anak duduk hospital, mestilah dokumen tu semua legit, bukannya aku suka-suka duduk hospital.
Macam ni lah ye dalam hidup kita. Mental kena kuat macam mana orang pijak sekalipun. Orang tengok muka aku macam takde apa2, tapi dalam kepala aku memang silap haribulan boleh masuk Hospital Bahagia Tg. Rambutan. Tak ada siapa nak tengokkan anak kalau mak diorang dah gila