Pembangunan Empires&Puzzles: Stronghold Level 21


Setelah stronghold mencapai level 20, pastikan 2 training camp juga mencapai level 20. Naikkan level House cukup untuk menampung 110-120 recruits. Terus masukkan ke training sebelum melimpah. Buat masa ini, cukuplah jika sebuah saja bangunan Forge dinaikkan lebih daripada level 10, satu lagi menuju level 10 dan dua yang selebihnya dinaikkan setakat level 5 sahaja, cukup syarat untuk ditukarkan (istilah dalam game ini ialah convert) ke bangunan advanced.

Sekarang bolehlah naikkan stronghold ke level 21 untuk membuka bangunan advanced yang pertama iaitu Hunter's Lodge. Persediaan ini didahului dengan menaikkan level gudang besi dan mines.