Pembangunan Empires & Puzzles: Setelah Stronghold Mencapai level 20

Untuk akaun yang berumur 5 bulan, stronghold sudah mencapai level 20 adalah sangat cerah masa depannya😂😂
Seterusnya, bangunkan plot yang terakhir dibuka dengan semua bangunan sehingga mencapai level 5 dan ke atas. Masa diambil untuk setiap binaan hanya beberapa jam sahaja. 
Sebelum mbangunkan TC20, maksimakan Farm dan Food storage. Tak nak nanti bila TC20 dah naik, baru nak terhegeh-hegeh simpan makanan untuk research TC20. Sementara research TC20 berjalan, bolehlah tambah saiz House. Apabila TC20 dah siap research, naikkan satu lagi TC ke level 20, jadi akan ada sekurang-kurangnya 2 TC20, lagi cepatlah dapat hero ⭐⭐⭐⭐⭐. Memang tak boleh bergantung harap kepada 1 TC saja untuk dapatkan ⭐⭐⭐⭐⭐.
Rajin-rajinlah attack map untuk dapatkan rekrut. Ada TC20 tapi tak ada rekrut pun tak jalan juga😅😅