Ingatlah wahai murid-murid

Kertas litmus hanya ada warna merah dan biru. Apabila ada perubahan warna, pun antara merah dan biru sahaja, tidak melibatkan warna-warna lain.
Dulu saya belajar pasal asid, alkali, neutral dan kertas litmus masa tingkatan 3 kalau tak salah ingat. Sekali saja belajar sudah faham. Murid dalam sukatan baru KSSR umur 9 tahun dah kena belajar benda yang dulu saya belajar masa tingkatan 3. Tak tahulah apa kebaikan bagi mereka. Pendapat saya kalau mereka tahu masam ada asid, pahit ada alkali pun dah cukup. Kertas litmus tu hanya akan jumpa di sekolah dan sekali itulah mereka akan gunakan. Nak beli pakai sendiri, baik mak ayah dia pakai duit tu belanja mereka makan. Dan nak pakai sendiri pun untuk apa.
Kalau ditanya dalam peperiksaan bukannya ingat sangat, sering terkeliru antara warna biru dan merah. Lepas tu cikgu-cikgulah yang kena tempias tak pandai mengajar. Congratslah kan...