PKPB bersambung, sekolah pun tutup hingga sesi baru 2021

Saya akan lebih serius membuat bahan pembelajaran. Dua minggu pertama haritu giat buat kuiz online dengan Quizizz, lebih kepada bentuk ulangkaji dan bukannya nak mengajar topik baru, dengan harapan tinggi sekolah akan dibuka semula sebelum cuti sekolah yang telah diolah semula, namun hakikatnya sambutan murid sangat dingin. Mungkin sekali pinjam device mak ayah yang pergi kerja, jadi takdelah dapat buat apabila mak ayah pergi kerja. Dan tidak juga sediakan senarai semak siapa dah siap/ dah buat/ belum. Lagipun sebelum arahan PKPB bulan lepas, ada bekalkan kerja bertulis kepada semua yang hadir, tapi itupun cuma dalam 20 orang daripada jumlah 76 orang. Apabila PKPB dilanjutkan, bagilah juga kuiz online siap pesan bila2 free ada device boleh buat, tapi tetap sama iaitu seorang dua saja yang buat. Kebetulan minggu tu Khamis cuti umum, walaupun mak ayah ada kat rumah boleh pinjam device kejap buat kuiz santai, tetap tak buat. Traffic untuk link quiz tu kosong 0. Mungkin mak ayah nak rehat dan nak guna data internet untuk diri sendiri. Sekolah kan lagi dua minggu, boleh sambung belajar di sekolah, memang cikgu tak paksa pun.
Arahan terkini, sekolah ditutup sehingga akhir tahun dan dibuka semula dalam bulan Januari 2021 iaitu sesi baru, walaupun PKPB berakhir 6 Dis. 2020. Aku fikir eloklah aku serius habiskan sukatan pelajaran yang berbaki 2 chapter saja lagi. Cari video youtube, sediakan nota blog dan latihan bertulis, kerana memang takkan jumpa budak2 sampai tahun depan.
different 2020 it is