Pamper MyVi

Hari ni dah cuti diperuntukkan untuk perayaan Deepavali sehingga hari Isnin (sebelum nak kecam apa2 😜😜)
Dah setahun my babe tak diselenggara. Mileage masih lagi di bawah perbatuan yang dicadangkan, tapi dah hampir juga sebenarnya. Tahun lepas diselenggara sebelum balik kampung raya haji agaknya. Anggaran dalam RM400.00 masa buka buku penyelenggaraan tadi, tapi biasanya akan lebih dua, tiga ratus. Ada satu, dua benda yang diselenggara kali terakhir dah lebih 3 tahun. Tak pastilah sama ada lupa nak dicatat atau sememangnya tidak diselenggarakan. Mujur gak kita ni bawa kereta antara rumah dengan sekolah saja.
Masih bertahan my babe est.2008. Bayar muka dia dengan duit bonus masa tu PM kita Tun Abdullah. Sebelum tu pergi kerja pinjam kereta emak. Kereta emak tu tak ada masalah enjin, cuma masalah body kereta. Ambil lesen tahun 2007 lepas setahun posting. Tak tahulah masa tu apa penakut sangat nak ambil lesenπŸ˜…πŸ˜… Namun semuanya Allah permudahkan. Kasih sayang Tuhan itu luas, cuma manusia ni yang tak pernah nampak. Tiberrr
Musim covid ni, kereta disanitasi terlebih dahulu sebelum mula diselenggarakan. Nampaknya kereta pun tak banyak, mungkin dihadkan hanya 3 buah dalam sejam. Selesa tunggu di pusat servis Perodua Bandar Teknologi. Kopi/ minuman dan kudapan disediakan. WIFI percuma pun ada.