Menarik minat murid membuat kuiz pelajaran

Hari Ahad lepas berjaya sediakan bahan belajar di blog dan juga kuiz atas talian dalam google form.
Jadi semalam aku fikir kalau bagi sijil mesti budak-budak buat kuiz tu. Kebetulan minggu sebelumnya, sekolah menganjurkan aktiviti minggu panitia dalam norma baharu, dan semua hasil kerja murid-murid dimasukkan ke FB sekolah. Kuiz-kuiz atas talian yang dianjurkan mendapat sambutan hangat, sehinggakan ada dalam kalangan murid-murid yang tak pernah muncul dalam pembelajaran atas talian pun buat kuiz-kuiz yang disediakan. Ibubapa/ murid-murid juga kelihatan suka update senarai nama dan markah kuiz yang diperolehi dalam kumpulan whatsapp kelas dan juga buat ss untuk kuiz yang telah mereka selesaikan.
Jadi tak sia-sialah hari ni menghadap PC buat sijil penyertaan untuk aktiviti kuiz atas talian khas untuk pembelajaran murid. Biasanya hanya dapat beberapa respon sahaja. Hari ini berjaya meraih 30/80 respon. Mungkin murid-murid suka tengok rupa bentuk sijil penghargaan yang dikeluarkan.
Supaya murid mudah pilih untuk lihat sijil sendiri, saya labelkan nama mereka pada gambar sijil yang dimuatnaik ke kumpulan whatsapp itu, jadi tak perlulah mereka muat turun setiap gambar sijil yang ada. Apabila nampak ada nama kawan-kawan pada sijil penyertaan, murid-murid kelihatan berlumba membuat tugasan tersebut. Kegemaran mereka untuk aktiviti hapdet menghapdet dapat dipenuhi. Kiranya untuk objektif penglibatan murid adalah tercapai.

Em.... sesekali bolehlah, kerana masukkan nama mereka secara manual dalam templat. Canva ada banyak templat menarik, disesuaikan dengan tujuan sijil dikeluarkan. Google form ada add on sijil, tapi murid-murid kena masukkan valid e-mal address, dan saya nak elakkan mereka daripada salah taip. Templat Canva boleh dimuat turun dalam pelbagai format, kemudian boleh dimuat naik ke whatsapp untuk tatapan murid-murid. Selamat mencuba juga kepada cikgu2 yang berminat