Langkah-langkah memohon bekalan air daripada Air Selangor apabila berpindah ke rumah baru🤩

Senang sangat, tak sampai sejam haritu pergi berurusan.
Syarat utama ialah tiada bayaran tertunggak. Kalau ada, kena bayar habis dulu.
Sebelum ke sana, buatlah persediaan dengan:
1) mengambil gambar meter dan meter stand.
2) isi borang yang boleh dimuat turun daripada site Air Selangor.
3) sediakan/ buat salinan dokumen sokongan.

Contoh gambar meter air. Mesti jelas pada nombor siri meter atas tu dan nombor pada meternya. Ambil gambar yang jelas dan print besar-besar atas kertas A4, hitam putih pun boleh.
Meter stand ni gambar batang meter tu.
Ambil dari tepilah, nampak betul-betul meter stand tu. Gambar meter stand ni penting sebab nak tau adakah batang paip tu saiz yang sesuai dengan meter. Bagi saya tiada masalah sebab lepas tuan rumah lama tutup akaun, meter masih tidak dicabut lagi. Ambil dan print gambar yang jelas dan besar.

Sekarang baru kita isi borang. Boleh muat turun borang dari sini:

Kalau pakai telefon akan nampak macam ni. Skrol ke kanan sekali akan nampak download form. Kalau tak biasa print daripada telefon, buka laptop siapa-siap sebelum download dan cetak.
Borang-borang terdapat dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Saya pilih bahasa Melayu. Tak perlu sediakan dalam dua bahasa.

Ini borang butiran diri pemohon dan alamat di mana bekalan air dipohon.

Lengkapkan perjanjian ini, tarikh jangan tulis dulu. Bila kita ke kaunter, kakitangan akan tolong tuliskan tarikh.
Tandatangan, nama dan no.kp saksi mesti diisi sebelum ke kaunter. Boleh minta sesiapa yang terdekat jadi saksi, contohnya kalau suami mohon, isteri jadi saksi. Kawan sekerja pun boleh. Kalau baik dengan jiran, jiran pun boleh jadi saksi. Tandatangan di ruang Disaksikan oleh, lepas tu bawahnya tulis nama dan no.kp (walaupun situ tak ada dinyatakan).

Inipun kena isi.

Inipun nak kena disaksikan. Orang yang sama je dengan borang satu lagi tadi.
Baca borang maklumat tambahan ini untuk pastikan apakah dokumen sokongan yang diperlukan.
1- salinan kad pengenalan
2- salinan perjanjian jual-beli/ geran kalau dah ada. Salinan perjanjian jual-beli tu saya fotostat satu buku terus dan kakitangan kaunter pun ambil saja.
Pastikan borang-borang telah diisi dalam bilangan salinan yang diperlukan. Ada borang cuma perlu 1 salinan, ada yang perlu dua, jadi semak dulu dan sediakan ikut bilangan yang dikehendaki.
Dah lengkap semua ini, bolehlah teruskan urusan di mana-mana pejabat Air Selangor. Klik di sini, tengok bawah sekali Regional Offices.
Resit bayaran permohonan. Lebih kurang RM130.00.
Cetak gambar yang betul, isi borang dengan lengkap dan sediakan salinan dokumen sokongan, urusan di kaunter akan jadi mudah dan cepat.