Sedang diproses

Bahang nak bubar parlimen dah terasa walaupun belum cukup haul. Maka akupun pergilah ke pejabat pos untuk uruskan kemaskini alamat tempat mengundi. Wah sekejap saja. Kerani pos minta tengok kad pengenalan kemudian masukkan beberapa butiran. Lebih kurang 5 minit sahaja sudah selesai. Satu salinan borang kemaskini diberikan sebelum meninggalkan kaunter. Kerani pos juga berpesan, bolehlah rujuk ke laman web daftar pemilih untuk semak status kemaskini. Kalau tak salah dalam bulan 8 haritu buat, dan masih lagi dalam status diproses. Kita tunggu je lah (takdenya aku nak balik ke alamat asal untuk buang undi. Kali lepas kerana jadi kerani pengundian, bolehlah buang undi awal.)