Pembangunan Empires&Puzzles: Menyimpan Gems

 Satu cara yang mudah untuk mendapatkan hero idaman adalah melalui cabutan Summon menggunakan gems. Gems sebenarnya mudah didapati daripada:
*quest yang menawarkan gems
*Mystic Vision
*Melengkapkan mission (ikon kertas dan pen bulu ayam di bahagian bawah skrin)
*Wanted missions (tepi kiri skrin)
*Alliance war
*selepas mengalahkan titan
Walau bagaimanapun, jumlah gems ini tidaklah banyak. Bagi saya, cukup sekadarnya untuk gaming secara suka-suka.

Simpanlah gems sehingga cukup 300 untuk membuat Epic summon.

Gems juga boleh digunakan dalam summon bagi event/ challenges tertentu seperti di atas. Atlantis summon perlukan 350 gems.

Kebarangkalian untuk mendapatkan hero 5* adalah rendah, dan anda tak boleh pilih hero mana yang anda nak dapatkan (ahaha biasalah) Selamat maju jaya