Belajar mengedit dalam Edpuzzle

Yeay, dah pandai guna Edpuzzle. Masa Pkp haritu tengok anak belajar pakai Edpuzzle ni, cikgu B.I dia beri tugasan. Harini datang sekolah selepas makan selepas siap tampal menampal poster kesedaran Covid-19 di bilik darjah, sambung dengan aktiviti menggodek Edpuzzle.
Belajar tandakan video untuk masukkan soalan. Video boleh dipilih daripada youtube, muat naik sendiri ke laman Edpuzzle atau pilih dari channel popular yang berkait dengan pelajaran.
Menu kanan menunjukkan bilangan soalan. Boleh juga nak letak nota pelajaran atau nak masukkan suara sendiri dalam video orang lain.
Dapatlah buat 2 harini.
Edpuzzle ni salah satu aplikasi pembelajaran dalam GC.