Panduan DPK

PANDUAN PENJAJARAN KURIKULUM BAHASA MELAYU

Anjuran JPN Selangor 
16 Julai 2020
2.30 pm - 5.00 pm

1. Penjajaran terpakai kepada semua model persekolahan. Cuma lebih ditekankan kepada model 3 kerana ketidakcukupan masa.

2. Penjajaran dibuat oleh BPK bagi menjelaskan kemahiran yang perlu diutamakan sahaja. Jika cukup masa, tak jadi apa-apa masalah. Boleh ajar seperti biasa (sebelum ini).

3. Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) bukan sukatan baharu, tetapi diambil dan disusun semula daripada DSKP sedia ada. Bertujuan memudahkan rujukan guru sahaja.

4. Penjajaran (kemahiran asas, kemahiran tambahan, kemahiran pelengkap) dibuat bagi rujukan untuk pembelajaran teradun. Jika masa pdpc mencukupi, tidak menjadi apa-apa masalah. Boleh ajar semua kemahiran secara bersemuka.

5. DPK
- terbahagi kepada Kemahiran Asas (KA), Kemahiran Tambahan (KT), Kemahiran Pelengkap (KP)
- KA mesti diajar bersemuka. KT dan KP boleh diajar secara online  (GC, what's app, telegram).
- KT dan KP boleh diajar bersemuka jika ada masa.
- Walau bagaimanapun, guru mesti utamakan/ habiskan KA dulu.

6. RPT
- Tidak perlu buat RPT baharu. Guna yang sedia ada (tukar tarikh sahaja) -  tulis guna pensel pun dibenarkan
- yang penting guru faham mana KA, KT dan KP

7. RPH
- buat RPH seperti biasa. Tiada apa-apa perubahan.
- tak wajib tulis KT dan KA dalam RPH. Cuma digalakkan bagi memudahkan rujukan guru.
- pdpc fokus kepada KA dulu. Jika tak cukup masa bersemuka di sekolah, suruh murid sambung buat tugasan di rumah. Guna semua platform online yang ada.
- penggabungjalinan pdpc boleh dibuat ikut kesesuaian guru dan murid.
   KA sahaja boleh
   KA + KA boleh
   KA + KT boleh
   KA + KP boleh
- KA mesti ajar setiap kali masa pdpc.
- PKJR, sivik, PAK21, Peta  I-think tiada apa-apa perubahan. Ajar seperti biasa.

8. Kesimpulannya, tiada apa-apa perubahan. Buat seperti biasa.
9. Join GC tt7j64 untuk dapatkan bahan dan dengar rakaman semula

untuk mp BM tapi tak salah rasanya kalau digunapakai untuk mp lain juga.
copypaste aja