Pembangunan Empires&Puzzles: Mengelak pembaziran rekrut


Setelah mencapai TC4, rekrut boleh terus dilatih kepada hero tanpa alat khas dan hanya perlu sedikit makanan. Ini juga dapat menjimatkan Iron yang diperlukan untuk memperbesarkan House kepada menaikkan level Srronghold. Sementara kita tidak melatih TC20, 3 House pada level 7 masing-masing adalah memadai. Jika hampir berlaku limpahan rekrut, terus latihkan di TC4 tadi. Namun kem itu juga perlu dinaikkan level.

Apabila sumber mencukupi, pergi ke latihan tersebut dan tekan tanda tolak untuk kurangkan jumlah latihan. Kita akan dapat kembali sejumlah rekrut dan makanan, namun kurang sedikit daripada semasa latihan dimulakan. Bolehlah kita latihkan rekrut dalam kem yang lain dan menaikkan pula kem yang ini. Apabila kem tersebut telah dinaikkan ke TC11, modus latihan tanpa alatan khas dengan sejumlah kecil makanan dan hanya 2 rekrut sudah boleh dijalankan dan memakan masa hanya 2 jam berbanding TC4 yang mengambil masa 3 jam.