Pembangunan Empires&Puzzles: Membangunkan Training Camp


Bagi permulaan, kita bangunkan dulu Training camp TC sehingga level 12. Pada peringkat awal ini, tak perlu berangan sangat nak hero ⭐⭐⭐⭐⭐. Sehingga Stronghold mencapai level 11, 3 TC sudah boleh dibangunkan.
Semasa mempunyai 2 TC, bangunkan salah satunya sehingga level 4 supaya dapat melatih dengan hanya menggunakan rekrut dan sedikit makanan tanpa perlu menggunakan apa-apa alat yang khas. Satu lagi TC dibangunkan selaras dengan pembinaan Stronghold. House pula tidak dibangunkan sama level dengan TC, sebaliknya hanya dinaikkan ke level 6 untuk menampung rekrut serba-sedikit. Setiap kali sebelum House mencapai kapasiti maksima, pergi ke TC4 tadi dan latihkan sehingga House kosong atau setidak-tidaknya rekrut yang didapati tidak terbazir. Alasan utama mengapa House tidak perlu dibangunkan seiring level Stronghold adalah untuk menjimatkan Iron untuk membina Stronghold supaya kita dapat teruskan dengan pembinaan TC.
Apabila Stronghold mencapai level 11, TC yang ketiga sudah boleh dibina. Biarkan sahaja TC4 tadi melatih untuk mengelakkan pembaziran rekrut. Teruskan pembinaan TC yang kedua berselang-seli dengan pembinaan TC yang ketiga, supaya apabila satu TC dibina untuk level up, satu lagi boleh melatih rekrut untuk mengelakkan pembaziran dan sekaligus untuk diberikan kepada hero yang sedang dinaikkan level. Apabila salah satu TC mencapai level 12, anda sudah boleh melatih Guaranteed ⭐⭐⭐. Hentikan dahulu pembinaan TC dan fokuslah kepada Farms, Iron mine, dan Storage, dan pemantapan sekurang-kurangnya satu team hero ⭐⭐⭐. Team ini sangat penting sebagai permulaan untuk membuat quest yang penting seperti Costume quest🤩🤩
Jika training ditumpukan kepada TC4 tadi, anda telah menjimatkan banyak alat khas seperti pedang latihan Practice sword dan kit petualangan Adventurer's kit.
Oleh itu, sementara TC4 melatih dengan sejumlah kecil makanan dan TC12 melatih Guaranteed ⭐⭐⭐, TC11 bolehlah digunakan untuk melatih hero dengan lebih cepat menggunakan salah satu daripada alatan khas di atas.
Tak perlu research semua jenis training, sebaliknya research dahulu TC1, 2, 4, 10, 11, dan 12. Apabila ada lebihan makanan dan perlu mana2 jenis latihan yang lain, maka barulah dijalankan research ke atasnya.