Sains Tahun 4 Sukatan Semakan 2017: Graviti

Dah lama tak mengajar sains tahun 4. Teringin sebenarnya tapi kenalah ikut ketetapan sekolah. Lagipun, KP nak mudahkan guru menyediakan RPH, tak perlu turun level jauh sangat. Teringat dulu masa posting di sekolah kampung, saya mengajar sains tahun 3, 4 dan 5, dan tahun 6 pada tahun sebelum pindah ke sekolah besar. Belajar dan mengajar sains ni seronok kalau boleh lari daripada teori dan teknik menjawab soalan.
Takpelah tu dulu, jom kita ngajar sains tahun 4 tajuk Graviti.

Aktivit 1:
1. Murid menonton klip video buah jatuh daripada pokok dan catatkan pemerhatian.
2. Murid menonton klip video pancuran air dan catatkan pemerhatian.

Langkah 2:
1. Guru bincang dengan murid bagaimana nak tiru aktiviti dalam tayangan video tadi dalam kelas pula.
2. Guru boleh tanyakan soalan2 yang boleh mengarahkan pemikiran murid untuk cadangkan aktiviti.

Langkah 3: (jalankan aktiviti yang telah dibincang dengan murid tadi)
1. Murid pegang bola pingpong pada ketinggian bahu, kemudian lepaskan bola pingpong.
2. Catatkan pemerhatian.
3. Murid pegang bola pingpong pada paras pinggang, kemudian lambung bola pingpong.
4. Catatkan pemerhatian.

Langkah 4: (untuk sahkan yang graviti ni kerjanya membuat tarikan)
1. Murid menjalankan aktiviti menggunakan bola getah dan getah gelang.
2. Murid mengenakan gelang getah kepada bola getah, kemudian masukkan jarinya di antara gelang getah dengan bola.
3. Murid tekan gelamg getah pada bola, dan tarik jarinya perlahan-lahan menjauhi bola.
4. Murid membuat pemerhatian bahawa jari berasa tertarik kepada bola.

Langkah 5:
1. Bincangkan aktiviti dengan bacaan daripada buku teks muka surat 156.
2. Buat nota/ latihan bersesuaian.

untuk langkah 4, rujuk video berikut:




Aktiviti jatuhkan/ campak bola tu memang dah ada dalam buku teks, cuma di sini saya strukturkan aktiviti supaya kurangkan sumbangan idea drpd guru/ buku teks dan arahkan kepada murid supaya beri idea. Jadi kita takdelah lompat terus ke aktiviti yang diaediakan, sebaliknya fikir dahulu apakah kaedah yang boleh dieksperimenkan.