Nasib baik

aku ni selalunya mengong ingat kerja senang malam dateline baru nak buat. tapi kali ni nasib baik bijak sikit sel sel otak telah berhubung (pinjam ayat iklan walaupun tak betul) petang Jumaat aku tengok tutorial pun main2 je tak concentrate lepas tu agak2 soalan yang nak dimasukkan tanpa sebarang JSU pusing2 sikit google form tu macam nak marah pun ada sebab leceh sikit drpd Quizziz tak boleh buat kat handphone maka pagi Sabtu semalam aku pun mulalah projek bina set soalan ni kat laptop. Kalau nak guna tab besar pun boleh rasanya tapi belum cuba. Hari Guru kan semalam, sebenarnya aku berhempas-pulas  memahamkan google form tu dan bina set soalan dari tengah hari sampai ke malam buat main2 baru siap 20 soalan. Aku target kekonon 40, hm tak payahla, bukan nak ujian iye iye sangat, cuma nak tau setakat mana pembacaan murid setakat yang aku suruh baca tu adakah dorg tekan je link tu tanpa membaca atau dah baca dengan bersungguh-sungguh. maka okelah pagi ni dah siap 25 soalan. set soalan ni akan diuji minggu depan sebelum raya. aku fikir cam raya ni kita bukan pergi mana2 pun, aku cam nak bagi tugasan membacalah kat murid2 tu, tapi tu la kot la ada ibubapa yg komplen nanti, ni cuti raya tak payahla bagi tugasan.
masalah selesai untuk harini.
sekian.