Tepung Salutan Kegemaran Ramai kini dalam bungkusan kecil

Kalau cakap pasal tepung Bestari, mesti teringat salutannya yang cantik tanp perlu celup telur. Tapi tu lah, kalau nak beli kena beli paket 1kg. Kalau kat rumah aku setahun beli pun belum tentu habis. Tapi sekarang tak perlu risau lagi sebabnya tepung Bestari dah dijual dalam pembungkusan yang lebih kecil, iaitu 150g.

Bungkusan tepung.
Kalau beli paket 1kg boleh dapat murah sikit, cuma biasanya lambat dapat dihabiskan. Tapi sekarang anak-anak di rumah ni pun dah pandai makan ayam goreng. Tepung yang belum digunakan elok disimpan dalam peti sejuk supaya tidak berkutu.