UPSR: papan tanda dan tunjuk arah semasa hari peperiksaan

Walaupun peperiksaan dah tamat, entri ini tetap berguna pada masa hadapan dalam mengendalikan peperiksaan seterusnya 💪
Tunjuk arah pusat peperiksaan siap dengan pelan bilik peperiksaan.
Tunjuk arah pusat peperiksaan bersekali dengan bilik CBK. Bagi saya, ini tahun ketiga mengendalikan bilik CBK💪 Oh ye, tunjuk arah ni secara umum akan kedudukan pusat-pusat peperiksaan, biasanya bagi sekolah-sekolah yang mempunyai lebih daripada 250 orang calon. Sekolah saya 312 calon tahun ni💪💪
Papan tanda senyap begini ada beberapa buah yang sekolah beli dan bolehlah letak di merata-rata.
Ini label di pintu bilik peperiksaan, mesti ada pelan tempat duduk calon dan jadual waktu peperiksaan. Untuk peperiksaan kali ini, saya telah menyediakan persiapan untuk 16 bilik (termasuk bilik kuarantin dan CBK) dan 1 dewan peperiksaan (dewan cantum 3 bilik darjah).
Kalau kita tengok tadi, tunjuk arah dan papan tanda tak perlu fancy atau mahal atau tempah khas. Cetak sendiri atau nak tulis tangan pun boleh. Janji jelas dan boleh difahami. Kalau nak diletak di tempat yang mudah kena hujan atau tempias air huajn, laminatkan saja. Letakkan di tempat-tempat paling strategik supaya tak perlu nak buat banyak dan mudah nak urus (letak dan simpan balik.) Ini dapat bantu pengawas yang datang dan juga pegawai peperiksaan yang bertugas andai kata mereka melawat sekolah untuk memastikan perjalanan peperiksaan yang lancar dan kondusif untuk murid-murid. Tahun pertama buat sendiri berdasarkan pengalaman membantu pada tahun-tahun sebelumnya, dan banyak bertanya kepada guru yang dahulunya mengurus peperiksaan ini. Dah masuk tahun ketiga ni, dah fahamlah selok-belok tugas ini. Pegawai peperiksaan PPD pun banyak membantu SU.P dalam menjalankan tugasan.
Terima kasih 2019, jumpa lagi 2020 nanti, insya allah