Jom bekpes // hearty breakfast

Bersarapan kacang panggang, roti bersalut telur dan sedikit sosej goreng. Makanan yang nampak biasa tapi berperisa berbeza. Ajom siasat apa benda lagi kat dalam tu.
Kacang panggang ni makan yang ditinlan saja, jenama Tesco kacang campuran taco. Sebelum ni makan kacang panggang biasa sampai mencari-cari di internet bahan-bahan lain yang boleh menambah rasa kacang panggang tu. Tapi frankly speaking lah, kacang yang ditinkan dah diperisakan secukupnya, kalau tambah apapun lagi takkan memperbaiki perisanya malah merosakkan lagi adalah. Maka, cara lain to perk up the flavour of this canned baked beans is to put othe flavours into egg, or bread, or sausage or everything else that we put on the plate.
Maka inilah penambah kepelbagaian rasa dalam pinggan pagi ini. Yang kuning tu, honey mustard mayo dan sebelahnya serbuk bawang putih. Pukul kedua-duanya lebih kurang 2 sudu kecil setiapnya ke dalam sebiji telur dan tambah sedikit susu segar dalam 3 sudu besar untuk buat roti bersalut telur. Susu jadikan roti tu lembap sikit, takdelah keras kalau terlebih goreng. Apabila dah hampir masak, bubuh mentega bergaram atas roti tu dan angkat masuk pinggan. Daun pasli tu kita cincang kasar. Potong sosej nipis+nipis dan pendek-pendek, dan goreng dengan sedikit minyak sampai garing, kemudian masukkan pasli yang telah dicincang. Selain sosej, boleh juga gunakan makanan berdaging yang lain seperti smoked beef/ chicken, pistachio chicken, turkey breakfast, beef streaky, dan lain-lainlah. Okeh good luck bagi yang ingin mencuba pengalaman makan yang baru. Kalau sebelum-sebelum ni makanan macam ni hanya merasa di hotel aje (maklumlah masa aku mula2 berkhidmat, ada je kena pergi kursus yang pada masa itu dijalankan di hotel-hotel merata Malaysia berbanding 5 tahun kebelakangan ini) Kita boleh buat lagi sedap dari yang dimakan di hotel🤩🤩