Sekarang ni balik kerja lewat sikit sebab selesaikan kerja2 UPSR yg hampir tiba. Sampai di rumah, kain menimbun tunggu dibasuh sedia menanti. Sekarang kalau sehari tak basuh, patah pinggang nak uruskan pada hari seterusnya (cakap lebih untuk nampak bodoh saja.) Jadi untuk menjaga kesihatan pinggang, gunakanlah butang Spin pada mesin basuh anda selepas semua pusingan cucian selesai. Seperti mesin basuh saya ini, Spin akan mengambil masa 10 minit. Kalau tekan Air Turbo akan ambil masa 40 minit. Biasanya saya akan tekan Spin 2 kali sebab akan jadi lama sangat kalau tekan Air Turbo. Lepas selesai Spin, bolehlah pakaian disidai dan akan kering juga walaupun pukul 4 baru kita nak sidaikan. Ini dengan syarat cuaca petang tu panas sampai pukul 6 lah. Kalau hujan di tengah hari, tak dapek nak nolongkan π
π
Yer, walaupun dah lama meninggalkan bangku sekolah dan tidak mengajar BM, saya masih berupaya menggunakan peribahasa Melayu dengan berkesan (tetibaππ)
Oke , selamat mencuba puan-puan sekalian.
Oke , selamat mencuba puan-puan sekalian.