Nak tanya ni, apa air yang tumpah atas tanah tu? Sepatutnya Selamat Hari Merdeka Tanah Airku, atau Selamat Hari Merdeka Tanah Tempat tumpah darahku. Dah kenapa jadi tanah tumpah airku?
Ni lah ada satu cafe (baca kedai makan) yang aku pernah pergi ada FB page. kat FB berabukla bahasa Inggeris (baca speaking matsalih) dalam mempromosikan kedai diorang. Makanan kat situ pada aku biasa aje. Setakat sosej frozen makan dengan house waffles, telur mata dan sayur daun mentah dua-tiga helai dah kena caj dekat RM20. Harga makanan di situ pada pendapat aku memang mahal nak banding dengan benda yang dihidangkan. Aku makan situ kekadang sebab malas nak masak dan nak suasana berbeza. Kalau aku rajin, aku masak lagi western dari kat kedai tu. Kadang aku fikir kedai2 makan ni,asal letak fries dah claim western, asal letak nugget dah kata diorang western, masak carbonara macam alfredo, entah entah sos tu pun Prego, bukannya house recipe, tapi bila suruh kita bayar nah kau macam chef yang masak punya harga. Susun letak makanan pun tak seberapa. Kalau masuk bertanding masterchef US, mungkin Gordon Ramsey akan cakap sloppy. Pemilik kena lebih banyak buat carian di internet untuk baiki penyampaian makanan di atas pinggan. Kalaupun tak sedap sangat, tapi anggun dipandang.