Malaysia ni memanglah negara yang kepanasan sepanjang tahun, tapi tak perlulah pasang sampai 7 kipas siling dan kipas dinding di dalam bilik darjah

Inilah pemandangan 'memeranjatkan' di dalam bilik darjah masa aku masuk kelas tambahan pagi semalam. Kelas sebelahnya memang kelas yang aku mengajar, pun aku baru terperasan keadaan yang sama dalam minggu ni, iaitu kipas sampai 7 buah dalam kelas tu. mungkin baru dipasang. tak tahulah sumbangan siapa. kipas yang asal ialah 3 buah kipas siling. cukup sudahlah rasanya bantak tu, yang mengada-ngada pasang lagi 4 buat membazir duit nak buat apa. mungkin kononnya tak mahu anak-anak kepanasan, apa kata bagi je terus seorang satu kipas. sambil tu jangan lupa bayarkan duit elektrik sekolah setiap bulan ye. kipas di sekolah ni bila dipasangkan, kelajuannya sentiasa maksima, bukan ikut keadaan kepanasan atau kesejukan ketika itu. bila kipas dah banyak, angin dah jadi lebih kuat, dah macam ribut di dalam bilik darjah tu, bukan lagi selesa. cikgu edarkan kertas, murid sibuk kejar kertas melayang. funny lah. di segi penjagaan alam sekitar pula, selepas beberapa lama, kipas terpasang akan menghasilkan radiasi inframerah. haba ini tidak dapat terbebas ke angkasa kerana diperangkap oleh lapisan ozon (kesan rumah hijau), jadi apa akibatnya kalau haba tak lepas ke angkasa? jawablah sendiri ye. adakah itu bermaksud kita kena tambah lagi kipas dalam kelas tu?
lepas ni bekalkan anak2 dengan air minuman. kalau rasa panas, minumlah air. kalau nak terkencing pergilah tandas. balik rumah suruh diorang cepat2 mandi. tak.payahlah nak pasang kipas sampai 40 buah dalam bilik darjah tu