selamat jalan masa lampauku (masuk tong sampah saja)

Ini macam hadiah peringkat tinggi yang pertama aku dapat. Juara Hafazan daerah lepas tu pergi negeri. Masa tu aku darjah 5 kot. Aku ingat lagi hafazan aku tip top tapi orang lain yang menang. Cikgu aku cakap kakak tu hafaz dengan bergaya walaupun terkucil sikit. Dan dia dapat surah yang panjang sikit dari aku. Kebetulan surah yang dicabut masa pertandingan tu sama masa saringan daerah, kira rezekilah sangat. Sebenarnya masa pertandingan peringkat daerah tu aku memang underdog, takde sape expect aku budak dari sekolah kecik akan menang, diorang dah boleh agak sape yang akan menang. Cikgu aku siap bawak kitorang balik ke sekolah awal2 rupanya aku dapat bawa balik pinggan  ni 😛😛  Tahun depannya aku pindah pergi Segamat tapi takde peluang nak sertai pertandingan hafazan ni. Cikgu tak saring pun, dia dah ada favourite student. Aku ingat lagi aku bawa pinggan ni ke sekolah baru tu tapi tunjuk kat kawan2 je lah, tak tunjuk pun kat ustazah.
Ni dapat masa final project tahun akhir kat UPM. Not the best project presentation (viva voce) , just a consolation prize. Kalau tak salah, aku je satu peserta yang kertas kajian dalam Bahasa Melayu tapi masa persembahan viva ni aku ubah ke Bahasa Inggeris.
Ini masa sekolah menengah, state level debate. Lepas peringkat pertama aje. Masa district level team lain, bila pergi state team lain. Tinggal aku sorang je sebagai first speaker yang bercakap giliran pertama selama 7 minit dan menggulung lagi 7 minit. Yang lagi dua orang cakap 5 minit. Cikgu tu dia kagum kat aku punya diction (bukan cakap slang bunyi mat salih tapi diction aku accurate, tepat). Banyaklah dia tolong aku asah bakat bercakap ni. Tq cikgu Madam Soh. Masa dah menang district, cikgu sanggup memandu kitorang dengan Peugoet hijau dia pergi Melaka makan pizza. Masa aku mula bekerja tahun 2003 dulu restoran tu ada lagi, tapi tak tahulah sekarang.
Ni sekolah yang bagi sebab SPM scorer. Aku target agregat 12, dan berjaya capai. Patut aku target 10 ke, 8 ke, confirm dapat 🙈🙈
Ni tau tak kenapa dapat saguhati aje? Because I totally did not know what to study for the competition. It turned out that I had to answer a lot of vocab questions. Yang kelakarnya bila giliran orang lain jawab aku tahu jawab tapi kan tak boleh jawab sebab bukan giliran aku dan tak boleh bantu, tapi bila giliran sendiri baq ang susahnya soalan 😅😅 Aku suka hadiah plak macam ni, cantik je.

Ni dapat masa umur 12 kat Segamat. Masa kat Segamat sebenarnya merata cikgu bawa pergi bertanding, termasuklah bola baling (handball). Seronok sangatlah dapat naik kereta dengan cikgu pergi sekolah sana sini.
Ni hadiah debate district level masa sekolah menengah.
Aku tak berapa berkenan piala tinggi macam ni. Aku ada lagi satu piala lagi gedabak dari ni, tapi tak ingatlah cemana boleh menang piala tu. Mungkin peringkat daerah juga. Aku lagi suka bentuk goblet yang nampak macam kristal tu. Bentuk pasu bunga (vase) 😜😜 Yang plak ala kristal tadi pun cantik, very modern.
Last but not least, piala kuiz ekonomi asas. Ni antara matapelajaran penyelamat masa SPM lepas akibat tidak pandai membuat kira-kira MT Tambahan sampai kena spot nak jawab soalan dari topik apa 😅😅
 Piala-piala lain aku tak simpan sebab tak cantik sangat dan level pun biasa2 aje peringkat sekolah. Malang sekali sijil penyertaan dan kejuaraan semua dah hilang masa pindah rumah. Nasib baik masa tu dah habis uni, maksudnya dah dikemukakan masa mohon unilah. Kalau PAJSK sekarang aku juara jugalah sebab asyik muka ni yang masuk pertandingan. Itulah untung jadi budak cepat belajar di sekolah kecik. Cikgu banyak harapkan kau dan kau takkan kecewakan cikgu kau. Walaupun kau tak berapa pandai bidang yang cikgu suruh bertanding tu, kau akan pandaikan jugak. Itupun kau dikira dapat belajar sesuatu. Aku pernah berlakon kerana menyertai pertandingan bagi mata pelajaran alam dan manusia tahun 1992. Kami bertiga masa tu, Halina dan Emilia. Apa khabarlah mereka sekarang. Sekarang takdelah berlakon lagi, takde bakat pun. Harap hafal dialog aje.
Okelah, aku dah bersedia campak piala2 ni dalam tong sampah. Aku simpan dah 10 tahun tak tengok dah, jadi tak payahlah aku simpan-simpan lagi. Masa belakang ni takkan mampu tolong aku apa-apa sekarang. Eloklah aku concentrate benda lain sekarang, contohnya cara kekal rajin tanpa menjadi malas walaupun seminit 😆😆 ataupun jangan asyik nak bitchy aje
sometimes people would label once a bitch always a bitch, dah itu pendapat diorang, concentrate jadi baik pun tiada yang percaya
tapi bukanlah maksud taknak jadi baik cuma ye lah, apa aku buatpun i am still a bitch dan selalu menyusahkan tak pernah bantu apa apa. well, perhaps itu pendapat aku tentang mereka saja padahal mereka cuma nak aku jadi jenis manusia yang mereka berkenan saja. what lah ...
okelah marilah pergi rajin sekarang