jamuan raya di sekolah


tajuk entry dah macam karangan UPSR pulokπŸ˜‚πŸ˜‚
sedap makan malam ni, ketupat lebihan jamuan hari raya di sekolah semalam. simpan dalam peti sejuk, hangatkan balik dalam kukus. makan dengan sambal hitam dan ikan goreng. kenyang, dan puas makan. semalam satu kali makan juga macam ni, makan dengan sambal hitam, ikan bilis dan pucuk ubi goreng. walaupun orang suka kaitkan kampung dengan kebodohan, tapi makanan cara kampung lebih sedap dan tak bodoh (tiba-tibaπŸ˜…πŸ˜…)

happening tak pentas raya ni? katanya GB baru yang minta diadakan pentas, tapi dia tak hadir kerana ada urusan di pejabat pelajaran daerah. macam tahun lepas ada baca yaasin dulu. tahun ini pula tidak dijalankan acara itu, sebaliknya guru kanan pebtadbiran telah berucap panjang sepanjang-panjangnya. lagi bercakap pasal tempat letak kereta guru depan murid-murid. nak beritahu murid-murid bahawa cikgu2 berebut nak masuk kawasan sekolah untuk dapatkan petak letak kereta agaknya. nonsensical topic to be preached. maaf, lari topik πŸ˜‚πŸ˜‚ pentas tersebut telah digunakan sebagai latar belakang untuk bergambar foto. oh ye. selepas guru kanan habis bercakap, dua orang murid lelaki telah menghiburkan kawan2 mereka dengan nyanyian lagu raya Anuar Zain dan Elina. Apa ya tajuk lagu tu? Suasana Hari Raya agaknya ...

salah satu hidangan jamuan hari raya di kelas kelas. Cantik, kan? nak kata burger macam kek, nak kata kek macam  burger. tapi memanglah burger. mak murid begitu rajin meluangkan masa datang buatkan susun atur hidangan ni. tak tahulah sampai pukul berapa dia berada di.kelas tu semalam.
k lah. selamat hari raya