makan-makan Restoran Olive Ecohill Semenyih

cam dah lama tak review makan-makan, kan? review makan-makan kat blog ni takdelah profesional, cuma suka-suka nak berkongsi pengalaman saja. di semenyih ni kurang sikit nak makan pelbagai. kalau nasi campur, restoran mamak tu banyak juga. sesekali nak lah makan citarasa berbeza. kali ni cuba masuk Restoran Olive Arabic, Western, and Thai. kalau tengok nama restoran, mat salih kata very ambitious 😁😁
masuk je anak-anak dah terloncat-loncat nak duduk sini. ada dua petak boleh duduk gini rasanya kat situ.
ruang makan lain kelihatan normal disediakan kerusi dan meja. temlat cuci tangan dan tandas pun bersih dan selesa. maklumlah restoran baru dibuka agaknya. sabun basuh tangan pun sabun mahal 🀩🀩
ni order minuman. yang gelas tinggi biasalah iced lemon tea untuk budak2. yang gelas rendah tu katanya kopi Turki. kalau suka kopi pahit, bolehlah order. order ni sampai ke meja cepat juga.
ni order yang sampai seterusnya, itupun lebih setengah jam kemudian. kami sampai pukul 11 pagi restoran tu betul2 baru buka dan pekerjanya benarkan kami masuk. anak2 macam nak bersilat dah kat dalam tu barulah makanan sampai. jejari kentang goreng khas untuk cik piah yang tak pandai makan benda lain lagi. sos cili yang disediakan tu tak pedas lun, manis aje budak2 suka tapi cik piah takdelah makan sebab tengok merah dah setting mesti pedas. yang putih tu sos bawang putih. anak2 boy dua2 suka celup fries dengan sos tu. biasalah sos ni dalam makanan kat restoran nasi arab, kan?

ni order yang akhir sekali sampai untuk aku, cuma masa upload gambar ni tadi dia jadi yang terlebih dulu daripada yang sebelumnya. beef kebab. aku sebenarnya nak order daging panggang yang dipotong kiub tu, macam satelah, taknak yang jenis daging cincang pastu tepek2 masak kat lidi. bila tengok balik kat internet, mungkin namanya ... alah sorry tak ingat pulak πŸ˜…πŸ˜… kasian uolls tertunggu tunggu. rasa tang standardlah bagi makanan macam ni kat restoran nasi arab. RM nya belas belas gitu, tak ingat.
 
ok ni pizza. dalam menu tulis peperoni chicken, sekali dah dapat dibaginya peperoni and chicken.  aku takut anak tak makan aje, tapi okelah diorang makan dulu yang peperoninya. yang isi ayam tu bungkus balik makan kat rumah, rasanya sebab dah kenyang makan fries tadi. rempah yang digunakan memang berperisa Mediterrranean, bukan Italian yer. cuma rotinya tu lembik sikit, tapi ni mungkin style dioranglah yang berbeza daripada cara Itali. pizza ni pun macam belas belas harganya.
Menunya selain daripada a la carte, ada menyediakan set makanan untuk beberapa orang. menu Thai aku tak perasan pulak. Tapi tu lah, masa kami sampai pukul 11 pagi tu, dah dekat 12 tengah hari baru order sampai. kami sudah makan dekat2 pukul 1 juga tapi masih takde orang lain masuk makan situ. mungkin sebab cuti sekolah lagi (Isnin, 10 Jun). lain kali mungkin tak makan sini lagi, tapi oke aje untuk bungkus dinner ke sebab dah lama tak makan daging masakan Arab. nak bayar pun mudah kerana selain cash, kedai menerima bayaran kad debit. tapi tak pastilah kena ada minimum buy atau tidak.
alrite, until my next restaurant reviewπŸ˜‹πŸ˜‹