#matriraye

alhamdulillah dapat beraya lagi dengan keluarga kita tahun ni. macam biasa, balik sekejap pada pagi raya. siap-siap masak dari rumah sendiri, takdelah nak datang macam tetamu tunggu tuan rumah suap 😜😜 haha idokle, figuratively speaking πŸ˜‚πŸ˜‚ tahun ni macam rajin walaupun masa membayangkan nak masak tu, terfikir gak mampu ke tak kot tak sempat nak siapkan sebelum we hit the road. keputusannya oke aje, boleh diamalkan tahun depan dan depan dan depan lagi πŸ‘πŸ‘
selain daripada sediakan nasi arab macam tahun-tahun sudah, tahun ni sempat sediakan pecal sayur. dah biasa sangat kan makan makanan raya iaitu kalau kat rumah kitorang ketupat rendanglah. jarang sangat ada lemang sebenarnya juga. pecal tu tadi, kuah kacangnya no problem sebab hanya beli kuah kacang segera jenama Brahim's dan ada satu lagi tak ingat namanya. kuah Brahim's tu manis2 dan tak pedas tapi yang satu jenama lagi tu pedas sikit bila disatukan omak aih cukup rasa, cantik likatnya. lepas cuci beras nasi arab terus pasang api goreng kentang dan tauhu, lepas tu sambung bakar ayam untuk nasi arab pulak. bila sampai rumah mak, cepat-cepat panaskan air celur taugeh dan kacang panjang. and the rest as people say is history πŸ˜‚πŸ˜‚ tapi masa makcik aku datang dia cakap nama makanan tu gado-gado. iyelah, mungkin dia panggil lain tapi orang daerah lain panggil pecal. pas tu mak aku pun cakap macam dia pun biasa panggil makanan tu gado-gado tapi dia tak ingat nama makanan tu tadi. adik pompuan aku kata nak balik tapi rupanya dia balik lewat sikit sebab rumah mak tengah diubahsuai, takde tempat tidur untuk dia anak beranak pulak. maka tadi takdelah jumpa.
tadi okelah makanan takde berlebihan sangat. adik aku laki bini dah sediakan ketupat dan rendang, dan aku sediakan nasi arab dan pecal a.k.a gado-gado. tetamu ramai tapi masing-masing dah makan, cuma gado-gado tadi macam hidangan ringan, kan tu lah yang habis dulu. tak ambil gambar plak nak show off πŸ˜‚πŸ˜‚ tak baik u 😜😜 nasi arab tadi banyak lebih aku bawalah balik sikit boleh makan malam pulak laki aku oke aje. anak pun dah pandai makan nasi pelbagai takdelah macam sebelum-sebelum ni, hulur je taknak, hulur je geleng kepala, hulur je nangis πŸ˜‚πŸ˜‚ mak aku pun dah pandai diet nasi, memang aku tengok dia kurus sikit tadi, muka pun dah kecik. gaiss, if auntie can kurus, why not uolls kan?? 3kg tu dalam masa 3 bulan kot... 
dah balik #canyoubelieveit