Ole-ole Paris

Sebenarnya sebelum pergi haritu terlupa bawa duit Euro yang dah ditukar, tapi tak mengapalah ada hikmah besar di sebalik keterlupaan tersebut. Lagipun memang ini perjalanan atas tugas rasmi, takdelah fikir sangat pasal nak berjalan-jalan atau berbelanja. Maka balik dari Paris ni takdelah dapat belanja mewah. Untuk rakan sekerja dapatlah bagi rantai kunci ni, beli murah daripada penjual Senegal berhampiran Menara Eiffel dan Lourve. 1 euro dapat 6 keping. Kalau di kedai cenderamata 3 keping 1 Euro tapi lebih lagilah cantiknya berbanding yang ini.
Kawan-kawan tengah tekun memilih rantai kunci.
Cenderamata ni semua beli dari kedai cenderamata berhampiran Lourve. T shirt dari serendah 8 Euro. Paling suka gelang tu, menara eiffel. 10 Euro dapat 3. Murah dah tu, kalau duit Malaysia jatuh RM15 setiap satu lebih kurang. Tapi tu lah, patut beli lagi 3 boleh buat koleksi. Set rias kuku tu 4 euro. Cantik, nak bagi adik ipar. 
Kedai cenderamata berhampiran Lourve, banyak pilihan. Kalau bawa duit lebih, memang beli macam air tak hengat.
Tati ni macam Mydin, banyak barang murah. Tertarik sangat tengok shower cream ni, baru 1.7 duit euro, dalam RM8 duit kita. Yang ni bagi mertua dan mak. Sendiri punya perisa ops bau coklat πŸ˜‚πŸ˜‚ Rich wey, nampak je murahan.
Biasalah magnet peti sejuk kalau berminat. Saiz besar macam ni 3 untuk 5 euro, 7 keping baru 10 euro memang puas saiz gedabak. Lain-lain yang menarik magnet yang diperbuat daripada plaster tanah liat, pembuka botol logam, eh banyaklah memang cantik cuma mahal (maklumlah acik tak bawa duit, kena jimat2 karang tak makan plak).
Ni semua beli dari Carrefour kat Paris 18th. District. Macam mini market je Carrefour sini, macam pergi KK atau 99 Speedmart. Merasalah makan raspberry murah je tak sampai RM10. Coklat jenama Lindt tengah offer, ada juga beli 3 jenis tak sampai RM10 satu bar. Teh dan Nescafe tu pun macam 2.5 euro. Nescafe tu takde kot dalam pasaran kita. In fact tak tau berapa puluh jenama dan jenis kopi. Biskut2 coklat sedap tak hengat dan murah-murah. Yang ada promosi hanya 1 euro harganya. Kat negara kita kalau biskut coklat yang sedap mana ada dapat RM1, RM5 pun takde. Tapi tu lah, ni biskut pun patut beli lebih haritu, adake beli 4 kotak jer tak lepas celah gigi πŸ˜…πŸ˜… 
Hujan emas di negeri orang, tapi tu lah lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Sana matahari panas tapi entah kenapa ye angin sejuk sangat. Hidung ni berdarah setiap hari angin sejuk masuk. Pakai kain penutup hidung tu setiap kali keluar. Pagi-pagi memang amat sejuk walaupun bukan lagi musim sejuk.