Kadang-kadang kita teringin nak tahu


Teringin nak tahu siapa yang berfikiran pelik di sebalik kurikulum sekolah.
Ingat mengajar scratch ni macam petik-petik jari ke? Perisian ni 100% dalam bahasa Inggeris. Cikgu sains yang kena mengajar bukan setakat kena kuasai bahasa Inggeris, tetapi juga perisian Scratch tersebut. Jadi sekarang nak ngajar sains ke perisian komputer? Ke nak ngajar bahasa Inggeris? Peruntukan masa berapa jam ye? 1 jam ke? Scratch dalam sukatan TMK diperkenalkan kepada murid Tahun 6 dan mengambil masa lebih kurang 4 bulan untuk sampai ke peringkat penghasilan, bukan dalam masa 1-2 jam. Murid darjah 1 ni bukan jenis yang cikgu boleh panggil mari tengok depan sini tekan ikon yang cikgu tekan, tambahan pula dalam kelas di negara kita yang rata-rata minimum 36 orang.
Sekarang nak tahu betul2 lah nak buat apa jadikan mendemonstrasi magnet menolak atau menarik satu sama lain kepada scratch? Mendemonstrasi ni senang. Ambil dua magnet, tunjuk kutub lain2 untuk menarik dan tunjuk kutub2 sama untuk menolak. kemudian catatkan dalam buku. Nak scratch buat apa. Nak bagi faham kat sini, scratch ni satu mata pelajaran lain.
Kalau aku teruskan lagi, Dr. Maszelee cakap membebel. Rasa dah banyak penulisan aku sebelum ni yang berbentuk catatan pengalaman yang dilalui sepanjang berada dalam bilik darjah 40 orang murid.
Nkorang bentukkan kurikulum lepas tu campak kat cikgu2 suruh selesaikan.