membawang

Pekerja tak dapat datang, ketua minta beri alasan. Bila kita nyatakan alasan, ketua kata itu cuma alasan. Dah kalau betul-betul pekerja sakit perut tak dapat datang mesyuarat tu nak buat-buat patuh arahan datanglah, ke nak berguling macam nak mati masa mesyuarat baru nak akui. Kalau anak sakit, nak tunjukkan ke anak yang sakit tu baru nak percaya, atau nak tengok anak dah nazak baru nak benarkan kakitangan tu dikecualikan daripada mesyuarat? Aku tak fahamlah. Nak alasan munasabah macam mana lagi. Macamlah semua kakitangan ni pemalas. Aku pemalas, pemalas yang malas nak dengar mesyuarat yang takde isi. Dahlah kena datang minggu terakhir cuti. MASIH DALAM CUTI. Cuti sekarang hanya lebih kurang 6 minggu, tolak yang minggu pertama kena datang waktu cuti sekolah. Aku berkira cuti ni sebab cuti rehat khas pun tak boleh nak ambil. Nak tunggu ada ahli keluarga mati baru boleh bagi cuti katanya. Ahli keluarga mati ada CTR, bodoh ke nak mohon CRK. Lepas tu GB aku tak tahulah apa kejadahnya cakap kalau ahli keluarga sakit perlu jagaan, guru kena ambil MC, cuti sakit. GB cakap CRK adalah untuk cuti-cuti dirancang. Cuti sakit untuk yang sakitlah, ingat doktor nak bagi ke cuti sakit kalau kita datang klinik dia sihat sejahtera. Ni jujur aku cakap, aku.penah minta MC sebab jaga anak di hospital. Masa tu CRK dah habis. Doktor tolak dengan baik cakap puan tak sakit, kami tak beh bagi MC, so takpelah aku cakap. Aku mohon cuti separuh gaji untuk 3 hari aku tak dapat datang bertugas atas nasihat ketua kerani. Bukan aku saja2 tak datang. BUKAN SAJA-SAJA TAK DATANG KERJA. Nanti aku tengok minit mesyuarat guru tu kalau ada diminitkan aku akan letakkan screenshot. Aku pulak pagi tu tak rakamkan mesyuarat tu sebab tak sangka dia nak cakap benda bangang macam tu. Aku tak tahulah dah berapa tahun servis dia ni, dari mana dia dapat idea tu. Tak habis baca perintah am atau tak faham perintah am yang dia baca. Budi bicara tu natang apa? Aku agak pro rata pun dia tak faham. Macam #*@∑?lah dia ni. Kalau aku jadi pentadbir, aku akan ambil saja perintah am tu, bacakan depan kakitangan dan tak perlu tambah apa2 komen, dan minta diminitkan sebarang pertanyaan boleh direct dengan kerani yang urus cuti atau dengan pentadbir sendiri. Cuti sakit yang ada sertifikasi doktor pun dia boleh cakap macam-macam. Cakap pulak depan kakitangan lain. Kalau GB ada masalah dengan kakitangan tu, panggil dia cakap apa yang patut, bukan duk membawang dengan orang lain.