sesetengah benda yang tak memasal ...


Ini macamlah tahun lepas atau dua tahun lepas masa tu bulan puasa, ada murid bukan Islam minta diri nak keluar, aku tanya kenapa rupanya nak minum, mungkin tak nak bagi kawan2 dia terliur (ataupun ada sebab lain.) Aku cakap tak payahlah, duduk je di tempat kamu minum, pandang je ke belakang. Nak minum di luar kena berdiri takde kerusi. Dia pun pergilah duduk balik dan minum, tiba2 terdengarlah bunyi murid yang berpuasa kata murid bukan Islam tak hormat bulan Ramadhan. Dah kenapa pula orang bukan Islam yang kena hormat bulan Ramadhan? Aku pun cakaplah serba sedikit dengan murid2 yang wajib berpuasa ni, jangan harapkan orang lain menghormati kita sedangkan ini bulan keagamaan kita, kenapa orang lain (yang bukan seagama) kena menghormati bulan ini pula (atau nak menghormati kita yang sedang berpuasa). Kitalah sebagai pengamal agama ini yang kena kuatkan semangat untuk berpuasa walaupun nampak orang lain yang tidak berpuasa. Takdepun kawan tu main-mainkan air minuman depan murid berpuasa.
Ya, mungkin kanak-kanak ini belum cukup faham, cuma tak mahu nanti mereka terus-terusan tersasul dan dahagakan penghormatan.
Bagi bukan muslim yang menghormati rakan2 yang berpuasa, anda sangat bertimbang rasa. Terima kasih