Temuduga DG41

Temuduga DG41

Kebiasaannya dalam 1 bilik temuduga ada 2 orang panel yang berpengalaman yang akan menemuduga anda. Kebiasaannya dalam 1 sesi 5 orang calon akan masuk serentak. Tetapi soalan yang ditanya jawab secara individu.

Anda juga harus faham bahawa Ahli Panel bukan sebarangan orang, anda perlu menunjukkan sikap professional yang mencerminkan anda seorang pendidik. Selain itu, anda juga perlu bersedia dengan soalan-soalan yang tidak dijangka berkenaan isu-isu semasa. Mungkin juga anda rasa jawapan betul atau salah tidak mengapa janji bercakap dengan yakin…Ooopss anda SILAP. Sememangnya mereka inginkan jawapan yang betul. Setiap jawapan yang betul ada markahnya, keyakinan terletak dalam kategori lain yang dinilai bersama. Panel Penemuduga sudah berpengalaman dan sudah jumpa ramai calon, jadi anda perlu tunjukkan anda adalah orang yang layak untuk jawatan ini.

Anda juga hendaklah berpakaian kemas dan bersih. Sememangnya anda sudah berpengalaman sebelum ini mungkin ketika temuduga KPLI atau Jawatan lain.

Perlu diingatkan juga, salah satu perkara yang sangat penting adalah Sijil Akademik. Boleh dikatakan jika anda gagal menunjukkan Skrol Ijazah anda mereka akan ‘hold’ jawatan anda, sepatutnya anda dapat DG41, tetapi kerana gagal menunjukkan sijil tersebut anda perlu mengambil temuduga semula pada masa akan datang. 

Oleh itu, pastikan senarai semak anda betul-betul lengkap dan sijil-sijil disahkan oleh pegawai yang layak.

Selamat berjaya kepada semua calon…

Salinan daripada pendidik2u.my