Review minum petang di Grato Plus, Seksyen 3 BB Bangi

Restoran ni antara yang dapat rating baik dalam kalangan restoran yang disyorkan. Tengok peta secara kasarnya tahulah lokasinya, rupanya bukan di tepi jalan besar, kena masuk celah rumah orang (itu deskripsi aku je, padahal restoran ni di deretan kedai-kedai depan taman perumahanπŸ˜‚πŸ˜Š) Bertentangan dengan surau. Masa kitorang sampai, rupanya baru nak buka, dalam 10 minit lagi pukul 4. Tuan kedai baru buka pintu separuh dan tengah bersihkan chiller untuk display kek. Rupanya waktu perniagaannya mulai pukul 4 p.m. Aku tengok kat internet pukul 1 p.m dah buka, tapi mungkin salah baca. Tuan kedai pun ajak je kitorang masuk sambil susun kek kat dalam chiller di pintu masuk restoran tu.

Order minuman cepat jer dah sampai, macam dalam 5 minit jer. Iced white coffee dan iced lemon tea. Restoran takde mesin bancuh kopi susu tu rasanya, atau aku tengok menu tak abis tadi. Maksud aku kat sini takde latte pelik-pelik tu 😁
Ini makanan untuk budak-budak. Pesanan berasingan, bukan set. Sup cendawan RM4, roti bawang putih RM2.50. Kalau tak silapla... Sup yang sungguh berperisa. Roti pula jenis lembut. Sukalah budak-budak makan. Satu lagi order fries (jenis crinkle) RM4 juga kalau tak salah. Kenyangla budak bertiga makan.
Ni aku punya order. Em... macam tak kena jer πŸ˜‚πŸ˜‚ Sebabnya tuan kedai cakap steak belum boleh order, sedangkan dari rumah ingat nak makan steak, jadi dah terbantut tak tau nak order apa 😁😁 Namanya seafood and vege lebih kurang macam tu lah, bawah kategori snek tu la pasal aku order kot. RM15.00 satu hidangan. Sekali sampai kalau aku panggil sayur campur kot πŸ˜…πŸ˜… Tapi takpe, semua sayur dalam tu memang aku makan- brokoli, cendawan tang warna perang/ coklat, lobak merah, tomato besar, kacang buncis, capsicum hijau, merah, kuning. Seafood dia udang je kot tapi segar, manis dan sedap takde masalah. Sayur pun semua segar. Cuma pedas sikit untuk aku, tambahan ada sos lada hitam yang sedap juga. Macam sup cendawan tadi, sayur ni pun sangat berperisa dan takde masalah, enjoy je makan. Restoran ni ada penghantaran mulai pukul 6 petang, jadi yang tinggal dekat-dekat tu kalau nak cuba order makanan sini memang disyorkanlah.
Sedap memang sedap, tapi tu lah duk teringat tak makan daging lagi πŸ˜‚πŸ˜‚ Dua minggu lepas pergi makan Randwick steak kat Kayan tapi tak memuaskan. Steak tu mungkin dalam 200g kot tapi dipotong dua kemudian dibelah dua dah macam dua rama-rama atas pinggan πŸ˜› Bila dah dipotong macam tu, steak tu jadi keringlah walaupun mintak medium well. Kentang leceknya sedap, cuma sayurnya dalam menu dinyatakan sayur kukus (steamed), tapi dapat garden salad. Vinaigret apa ye tak ingatlah. Order lain hari tu ialah secawan kopi perisa creme brulee. Setakat ni, kopi Kayan ni terbaiklah, tak pernah overrated πŸ‘πŸ˜πŸ˜˜