Panduan Penggunaan Media Skrin Untuk Anak-Anak

1. Anak bawah umur 18 bulan jangan dibenarkan menonton TV sama sekali. Ini garis panduan daripada American Academy of Paediatric.

2. Anak berumur 18 hingga 24 bulan dibolehkan menonton TV dengan syarat:

+ Cari saluran TV yang betul-betul bermanfaat, berbentuk pendidikan dan tiada iklan merapu

+ Tengok sama sama dengan anak. Jangan tinggalkan anak kita dengan gajet dan TV sendirian.

+ Ni hanya latihan pengenalan sahaja pada anak kita untuk ajar anak kita apa itu dunia digital. Bukan saja-saja nak bagi anak kita tengok sebab penat nak melayan mereka

3. Umur 2 hingga 5 tahun pula limitkan 1 JAM SAHAJA dalam sehari. Dah habis tengok, ajar anak tutup TV tu sendiri untuk ajar anak disiplin diri.

+ dengan disiplin diri inilah nanti anak mudah nak kawal diri walaupun kita tiada di sisi mereka

+ bila balik rumah opah ke rumah atuk nenek ke, insya Allah mereka masih boleh kawal diri kalau kita ajarkan mereka disiplin diri ini.

4. Anak selalu tengok TV dekat-dekat ni sebenarnya tak rosakkan mata pun, tapi ianya boleh jadi petanda awal anak kita memang ada masalah rabun atau penyakit mata yang lain.

Segera bawa anak kita buat pemeriksaan mata jika terdapat tanda-tanda berikut :

1. Mata selalu berair
2. Selalu sakit kepala
3. Mata mudah jadi penat
4. Selalu berkedip dan menggosok mata
5. Selalu tengok TV pada jarak dekat

5. Anak belajar tengok gajet dan TV ni daripada kita sebenarnya. Sebab tu lah KALAU NAK ANAK BELAJAR KAWAL DIRI DARIPADA TERLAMPAU TENGOK TV DAN GAJET :

✔️ Mak ayahya dulu yang kena kawal diri daripada gajet dan TV
✔️ Anak lebih suka tiru apa yang dilihat ( visual) daripada cuma mendengar bebelan kita ( auditory )
✔️Children Are Great Imitators. Jika nak anak berubah, ubahlah diri kita dulu ☺️

Disesuaikan daripada artikel asal Projek Buku Murah.