Projek Terbaru: Risalah Program Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Rendah (sebelum ini dirujuk sebagai Majlis Graduasi)

Graduasi datang lagi 
Tahun ni dapat lagi jadi pereka bentuk buku program. Baru je tadi siapkan. Bagi tuan/ puan, saudara/ saudari yang ingin menggunakan templat tersebut, sila capai dari slideshare saya. Tahun ini, kami tak gunakan perkataan graduasi, tetapi frasa penyampaian sijil tamat persekolahan rendah. Perkataan yang saya gunakan untuk tajuk dan tajuk kecil adalah imej, bukan tulisan yang ditaip. Templat amat mudah disunting kerana disimpan dalam format MS power point sahaja, bukan MS Publisher. Cuma saya belum cuba cetak, jadi mungkin tuan/ puan kena sesuaikan sikit ukur letak objek sebelum cetakan yang sebenar.
Akhir kata, selamat menjalankan majlis penganugerahan sijil tamat persekolahan rendah.