Malaysia ni macam ni lah

Alamak tak tahu macam mana nak cakap. Bila negara ada masalah, masalah tu akan dijadikan sukatan pelajaran, kemudian keluar buku teks, kemudian diwajibkan peperiksaan. Diorang ni ingat sebab ada peperiksaankah kesedaran tentang suatu mata pelajaran tu akan lebih baik, meningkat? Buku teks meleret dengan kisah yang macam-macam tu, ingat murid suka baca ke? Kalau tak cikgu yang suruh buka, takdenya murid2 ni nak baca sendiri.
Eh kalau betul betullah nak adakan matapelajaran ni, tolonglah tak payahlah adakan buku teks dan peperiksaan. Cuba kita bentukkan sukatan yang mana kaedah pembelajarannya boleh berkisarkan pembacaan keratan akhbar, kajian kes, temubual, carian internet Dan murid2 boleh berkongsi secara perbincangan, forum, pembinaan blog dan yang seumpanya. Konon nak masuk pendidikan abad ke-21. Cikgu ajar maksud rasuah, dalam peperiksaan tanya balik murid2 apakah yang dimaksudkan dengan rasuah, atau soalan pilihan jawapan sila pilih yang manakah maksud rasuah. Abad 21 lah sangat! Orang yang terlibat dengan rasuah ni rasanya mereka bukan tak tahu tak boleh rasuah merasuah. Mereka ignorant. Conscience mereka kata that is oke, that is fine. Itu yang kita nak ubah kot... Jadi jika matapelajaran itu diadakan peperiksaan, adakah dapat gred A atau lulus cukup makan 40 markah akan menjamin seseorang itu tidak akan merasuah pada masa depan?
Fikirlah balik ye ...