Susu sekolah oh susu sekolah

Kenapa cerita susu sekolah ni tak habis-habis lagi?
Seingat aku masa aku sekolah, program susu sekolah ni dah pun diperkenalkan dan aku antara murid yang mendapat kebaikan melaluinya. Masa tu aku tinggal dengan nenek. Mak dah jadi ibu tunggal dan bekerja di tempat lain. Lebih kurang dua kali sebulan atau kurang akan balik uruskan dua anaknya yang besar ini di kampung. Haha cerita pasal sejarah diri sendiri pulops 😁😁
Susu ni bukan semua orang suka, hatta perisa coklat sekalipun. Ye lah, selera masing-masing. Kalau dah tak suka, kita beri percuma pun tak mahu. Bekalan yang sekolah aku dapat tahun 2017 adalah keluaran tempatan. Susu coklat tu memang ada perisa coklat, tapi takdelah bercoklat sangat dan manis je lebih. Dua tahun sebelum tu kalau tak silap dibekalkan oleh Dutch Lady. Kalau Dutch Lady yang bekalkan dah tentulah mutunya terjamin. Bekalan pula dihantar sekali selang 2 bulan. Sekali sampai selori. Sekolah pula tiada storan khas apatah lagi keadaan terbaik untuk penyimpanan susu yang banyak ini. Inilah yang kadang kala kedengaran kes susu basi. Memang tak boleh nak salahkan pembekal πŸ’―πŸ’― kerana masalah penyimpanan ini boleh jadi salah satu daripada punca kerosakan susu.
Susu pula apabila diagihkan kepada murid perlu diminum pada waktu agihan. Cikgu beri murid pada waktu rehat pukul 10:00 pagi, maknanya habis waktu rehat pukul 10:20 pagi tu dah kena habis minum. Cikgu kena tengok murid tu minum dan pastikan tiada masalah pada susu tu. Murid pergi kantin makan nasi lemak lepas tu kena minum susu coklat. Aku tak boleh bhai. Aku minum susu waktu malam saja atau lepas makan minum susu panas. Ingat semua murid tu nak minum ke? Dan aku ingat lagi ada sesekali bekalan terlewat sampai dan bila sampai dah jadi terlebih-lebih daripada biasa maka lagilah sukar nak diagihkan kepada murid-murid. Bila satu hari dah dapat 3 kotak susu, takkan nak minum semua 3 kotak pada waktu agihan? Memang ada murid yang menolak tapi cikgu suruh ambil juga dan nasihatkan ajaklah adik awak di rumah minum, atau beri je lah kepada kawan lain yang nak minum daripada terbazir tak diminum.
Kemudian cadangan gantikan susu dengan telur. Itu memang cadangan yang baik, cuma pelaksanaannya aku dah nampak akan jadi macam RMT. Kerajaan turunkan duit ke sekolah, sekolah turunkan duit kepada pengusaha kantin, AKHIRNYA pengusaha kantin hanya sediakan nasi dan sambal sebagai hidangan RMT kepada murid. Telur tu pun bakal menerima nasib yang sama. Dan telur juga bukan makanan yang disukai oleh semua. Program pengedaran vitamin di sekolah-sekolah pula, aku ingat cara yang sama seperti susu sekolah, botol-botol vitamin akan diuruskan oleh seorang guru dan vitamin butir demi butir akan diberi kepada murid pada waktu rehat. Bukan mudah nak cari satu benda yang semua orang akan suka walaupun benda tu akan membawa kebaikan kepada diri mereka.
Sekarang ni susu sekolah ni dibekalkan untuk apa? Sebagai makanan tambahan sahaja, bukan? Kalau tak ada makanan tambahan pun tidak mengapa bukan, asalkan keperluan yang paling asas dan utama sudah terpenuh. Kalau bantu murid untuk mendapatkan makanan berkhasiat saja, rasanya program RMT tu pun dah cukup。Kalau ikut kepala otak aku, kerajaan boleh bagi duit one off kepada ibubapa berkenaan dan pandai-pandailah ibubapa tu belanjakan untuk jaga anak mereka. Kalau program ni bukan sebab nak bela kroni ke (ahaha pandai2 aku ajeπŸ˜…πŸ˜…) rasanya tak ada apa nak digaduhkan. Macam beri duit BR1M jer. Sebagai pemegang amanah, ibu bapa yang terima duit tu perlu tahu tanggung jawab mereka membelikan anak mereka makanan yang berkhasiat atau makanan tambahan vitamin mengikut keperluan. Cukuplah tanggung jawab kerajaan dan sekolah dalam menguruskan keperluan murid, sampai nak jaga makan minum murid yang mana pada pendapat aku tidak perlu.